Opini  

18 Mei 2023 Pemugaran Sejarah Mesti Bermula

Oleh: Mohd Azlan bin Dato’ Mohd Sharif, Aktivis dan Pengkaji Sejarah
Bermukim di Johor, Malaysia

HANYA orang lulusan sejarah boleh bincang isu sejarah? Betul ke macam tu? Jom melawat ke Pulau Penyengat dan makam purba di Kota Tanjungpinang, Provinsi Kepulauan Riau (Kepri), Republik Indonesia.

Di Kepri ini, kita boleh lihat bagaimana cagar budaya dipelihara dan dipulihara oleh pemerintah daerah bersama masyarakatnya.

Saya hanya mampu senyum, bacakan surah Alfatihah sambil memegang makam Sultan Sulaiman Badrul Alamsyah, Daeng Marewah, Daeng Celak, Bendahara Tun Abdul Abbas dan makam purba lain.

Saya juga sempat ditanya, kenapa sepanjang tiga hari di Kepri ini, hanya nak periksa “kubur”? Saya senyum tanpa bagi jawapan.

Saya juga terkejut dimaklumkan ada profesor tertentu mempertikai kelulusan pengkaji bebas seperti kami. Sehingga apa juga dapatan penting kami di lapangan telah dikesampingkan! Hanya kerana kami tiada Ijazah/sarjana/PhD dalam bidang sejarah! Ke mana negara ini mereka nak bawa?

Untuk makluman, saya dapat A dalam subjek alam dan manusia 1991-1993, A dalam subjek sejarah PMR 1996, A dalam subjek sejarah SPM 1998, A dalam subjek TITAS 1,2, Masyarakat Malaysia.

Sejak 2017, saya memang giat mengembangkan apa juga maklumat sejarah di “hadapan mata” saya. Namun, saya perasan ia tidak sehingga di arus perdanakan. Agaknya “kesalahan” saya kerana miliki ijazah dan sarjana bidang kejuruteraan dan industrial safety management.

Demikianlah, laluan berjuang itu masih berliku. Kita kena akui bahawa  di sekitar kita memang ramai kelompok “pandai tidak boleh diikut, bodoh tidak boleh diajar!”

Lalu apa perlu kita buat? hadaplah? doalah? berbincanglah? Nasihat saya, pastikan kita mengatur langkah semasa mereka di posisi lemah sahaja.

Di kesempatan ini, saya tawarkan kepakaran jika berminat mengkaji Johor- Riau di antara tahun 1699 masihi hingga 17 mac 1824 masihi. ia merangkumi Pulau Penyengat, Tanjungpinang, Kepulauan Riau-Kota Tinggi-Kuala Pahang.

Harus diingat, fatwa memelihara tapak sejarah batu Aceh di Batu Pahat dan tempat lain di Johor dah wujud sejak 18 april 2018. Sayangnya, sedih melihat betapa terbiarnya “cagar budaya” di Malaysia khusus di Negeri Johor Darul Ta’zim.

Tapak warisan yang saya calonkan di Johor misalnya, Jabatan Warisan Negara serahkan bulat bulat untuk saya tanya kepada kerajaan negeri atau agensi berkaitan. Aneh bukan?

Padahal saya ini orang awam. Saat begini, dimana profesor hebat dan memegang catur “kuasa” ini? Orang lain bolehlah mereka benamkan ke dalam laut selat melaka!

Ayuh belajarlah dari pengalaman pejuang yang telah bersemadi di Pulau Penyengat.

Hari memperingati Marwah Kepulauan Riau kali ke-21 pada 15 Mei 2023 di Gedung Lembaga Adat Melayu (LAM), Kabupaten Bintan lalu menyentuh emosi saya dan sangat bermanfaat.

Bagi peluang kepada orang muda cintai sejarah memimpin dan bukan sekadar cukup korum mesyuarat! (*)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *